Wednesday, August 24, 2011

sihir

Tiba2 hati tergerak tengok TV Astro OASIS 106 - tajuk tipu daya sihir -
berminat Dengan ahli panel yg di jemput Dato 'Hj Engku Ansaruddin Agus AKA (Pak Engku), kita diwajibkan mempercayai Sihir sebab ia telah berlaku pada Zaman nabi lagi, ingat kita tidak sepatutnya mengamal Sihir, orang islam harus tau dan faham yang dimaksudkan jangan kita mempercayai, mengakui kebesaran kekuasaan dan kekuatan daripada kejahatan jin, syaitan, iblis laknat terkutuk ini..

Kepada induvidu yang berhajat untuk jaga ladang, tanah, pagar rumah dan segalanya, orang itu masih bukan mengagungkan ALLAH, dalam kontex belajar tentang ilmu kekuatan kebesaran ini jangan keluar dari konsep, mengagungkan, mengesahkan ALLAH S.W.T kita hanya meminta gaib selain daripada ALLAH maka kita sudah memperduakan ALLAH dengan gaib yang lainnya hukumnya cukup berat tiada Ampun.

Jin akan serang dan rosakan keturunan Adam daripada mereka yang lemah keimanannya, yang lemah semangatnya, yang lemah fizikal, tiga topic paling mudah didatangi, didekati, dirasuki..

Ciri2 orang disihir,mimpi2 yang buruk, Jantung berdebar-debar jika mendengar Azan, gugup berjumpa Orang alim, ada perasaan sedih, marah, sakit kepala yang tidak menentu, tidak selesa berada di office atau rumah, resah gelisah, melengah-lengahkan waktu sembayang, merasa ada bayangan makhluk mengikut kita, untuk wanita bujang anti kepada lelaki walau umurnya 30 tahun, bila dia suka dia lari, lelaki suka dia lari juga, akhirnya tidak ketemuh jodoh,maka ia jauh dari perkawinan inilah kejahatan sihir jin, syaitan, iblis laknat terkutuk sama ada datang sendiri atau dihantar oleh dukun,bomoh,yang dibayar oleh orang yang tidak berpuas hati.

Penyebab orang terkena sihir adalah hasrat dengki daripada orang yang tidak berpuas hati, kesombongan, ego seseorang itu mudah terkena sihir, orang seperti ini menganggap dirinya susah terkena sihir, pada hal jin, sihir paling mudah memasukinya.
Kalau ada perubahan yang mendadak sila check dengan doctor dahulu, setelah itu cuba rawatan cara islam, perhatikan tempat perubatan, jangan percaya pada tangkal, jampi bila bacaannya jauh dari pada ayat Al-Quran jauhi tempat tersebut..

System perubatan, dengan zikirullah, membaca Al-Quran dibaca Al-Quran, ayat-ayat allah, benteng diri kita daripada sihir- hilangkan perasaan was-was, istifar Dengan bertaubat Allah S.W.T, tingkatkan keimanan, ketakwaan, solat, zikir, doa, kita tanamkan sifat yakin kepada ALLAH S.W.T dan konsisten, carilah uztat para ulamak yang arif bijaksana tentang perubat alternatif...

rajin-rajinlah tgk youtube taip nama Dato 'Hj Engku Ansaruddin Agus AKA (Pak Engku).


No comments: