Thursday, September 15, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Apa yang perlu dilakukan oleh Si waris ,ISTERI atau Ahli keluarga

Apabila pihak berkuasa menghubungi pihak keluarga atau Isteri

1. Bawa banyak-banyak mengucap

2. Segera maklumkan kepada ahli keluarga, kawan-kawan baik Simati

3. Buat pengecaman mayat, jgn lupa ambil forensic report and police report masa tuntut mayat

4. Tanya waris atau Isteri dimana mau kebumikan Simati. (urusan jenaza ada costing jika melibatkan penerbangan ia akan lebih mahal) macam arwah abang saya dari hospital serdang ke masjid ehsan subang jaya dan ke perkuburan USJ 22 - RM900 termasuk mandikan,kapankan jenaza.

5. Hubungi orang yg boleh menguruskan jenaza lebih elok jika ahli keluarga sendiri. (jika tidak tau banyak lah bertanya dengan orang yang arif)

6. Hubungi masjid - maklumkan kepada imam atau AJK -solat jenaza -kubur (upah pengali kubur subang jaya RM420) tempat lain mungkin murah sikit, untuk iman yang solatkan jenaza ikhlas berapa nak bagi.

7. Selok-eloknya baca yasin kepada simati.

pada hari esokan nya atau hari lain sebelum hari ke7, urusan rasmi

1. JPN jabatan pendaftaran negara
ambil sijil kematian 7hari pertama free
jika lewat daftar dikenakan caj RM5-RM50 jika lebih tempo
sila bawa surat pengesahan Dari forensic bawa report polis sekali

2. KWSP - jika bujang bawa butiran keluarga
salinan Ic no ibu bapa,
salinan sijil kematian
salinan yang penting2 cth:no ic adik beradik
jika berkawin - salinan sijil kematian
salinan sijil kawin
salinan sijil surat beranak anak
salinan mykad isteri atau suami
no ic ibu bapa si mati
no ic adik beradik si mati
sila bawa salinan asal

Satu surat lagi dari Dr'forensic - itu kena tunggu 1bulan dari tarik kematian

3. Insurance - ambil masa 4-6minggu

4. Langsaikan hutang simati

5. Balance duit tu untuk siwaris atau ikut hukum faraid

Jika kita ada insurance, kwsp, baik wasiatkan secepat mungkin so tidak lah menyusahkan waris untuk berurusan dengan pihak tertentu.


Berkelebihan jika ada insurance: wang itu boleh lah digunakan untuk membayar hutang2 simati, maka disini ahli keluarga perlu mengumumkan kepada sesiapa saja, berkaitan hutang simati jika dihalalkan syukur alhamdulilah, jika kena bayar ahli keluarga atau waris kena bayar guna duit sendiri atau duit hasil peningalanya, setelah selesai semua itu baki duit itu haruslah di berikan kepada warisnya kerana anaknya menjadi anak yatim.

Jika ahli keluarga lelaki tidak berhasrat maukan harta simati dan ingin memberi sepenuhnya kepada anak si mati, maka ahli keluarga simati dan perlu ke mahkamah syariah angkat sumpah yang ahli keluarga tidak akan tuntut hak simati dan berhasrat untuk memberinya kepada anak simati.

Ingat jangan sesekali tamak atau kepentingan perbadi, memakan harta anak yatim adalah Haram.

Kenduri tahlil kematian ini bergantung kepada waris jika berkemampuan membuat sampai 7malam, ada yang buat 1,3,7,20,44,100 ini semua bergantung kepada waris jika ada kewangan dan mampu melakukanya eloklah.

Jika ada sponsor ok juga, malam jumaatkan elok baca tahlil untuk simati, hari atau bulan-bulan yang lain pun tak ada masalah.

ini hanya sekadar untuk dikongsikan bersama jika ada kekurangan maafkan saya

yang baik itu dari allah..

sekian terima kasih

Al Dino