Wednesday, January 9, 2013

Air Asia Flight to sabah murah giler...

Tiket murah balik sabah 4 adult + 1 infant hanya rm 148, tapi silap tak buat register maybank 2u adoii. dah call hot line center maybank dia tolong reset  tapi kena confirm kat atm mesin juga  lah sedih nya ,tak apalah ada hikmah sebaliknya, esok pagi nak buat tapi jln pun masih pakai tongkat....

memang melepas lah aku untuk balik kampung awal tahun ni..  

Sunday, January 6, 2013

mereka punya jiwa yang kental

Anak-anak  muridku, Saya tau kamu semua punya jiwa yang kental, guna lah ia cara yang baik agar kamu akan berjaya pada hari kelak, tapi ingat jangan sombong atau angkuh dengan hanya satu kejayaan, kerana selepas ini akan ada banyak kejayaan-kejayaan yang ingin anda kecapi, tapi biar ia bermula dari diri anda, anda mampu lakukannya. 

Tuesday, January 1, 2013

Hike BUKIT TABUR EAST

Assalamualaikum kepada pembaca yang rasa-rasa nak panjat bukit tabur East, saya nak share pengalaman saya, klu biasa nak masuk area ok lah untuk yg tidak biasa masuk area ni, search kat google ler map taman melawati atau search bukit tabur east sure jumpa, tapikan  so far saya dapat petunjuk tabur west, byk tabur west punya cerita compare to east..balik kepada cerita ok kena masuk taman melawati nanti lebih kurang 3-4km jumpa masjid warna biru sebelah kiri  ke depan sikit akan jumpa simpang tiga tepi tu ada jual nasi lemak , masuk sebelah kanan then 200m masuk kiri dan kanan so nampak lah dua batang paip ini.

Sebelum kami mulakan pendaki kami, kami singgah di masjid dulu untuk lepaskan hajat masing2 kot lah masa naik tu nak terberaksss, tak bestlah masa hiking sambil merasa kepit nak terberak memang mood out  terus, Kami letak kereta di kawasan ini, untuk pengatahuan anda rasanya selamat lah, sebab tak ada yang rasa lain mcm penduduk sini buat hal masing2, tapi klu kita tanya dorang jawab  juga, so bermula lah hiking kami di tempat ini masa tu jam 8.30am, hanya berbekalkan air 1.5liter 100plus , glove, cup cake 2 ketul, first aid kit.

masa nak mulakan pendakian tu jangan lah lupa baca apa yang patut, sebab kita tak tau tempat yang kita nak masuk ni..




ingat tau dua paip besar ni,


ini tempat mula naik all the way up up up up.. memang takda down, so area ni klu ramai orang naik jarakan sikit agak lah dalam 10 atau 20 langkah tak lah cramp sangat pasal panas so siapa yg laju tu, baik siap2 naik dulu tak menyusahkan org yang slow dan yang slow tak menyusahkan yang laju  

letak sign  tapi kami masuk saja
 ok tengok lah gambar kang story panjang2 pun tak best kan  manusia ni suka tengok gambar.








ok laluan ni rasanya untuk beginner baik pakai sarung tangan nanti tangan melecet , lain lah klu tangan yg biasa panjat2, buat kerja berat2 so tiada lah masalah.  


view menghadap Tabur west 



yang sana tu nampak tak macam ada bonjolkan kat tengah2 tu  yg tu bukit tabur West  dengar cerita West  area lebih bahaya berbanding dengan East, masa panjat ni ada orang tu cerita ada mamat cina jatuh gaung so kena selamatkan oleh JPAM yg melibatkan seramai 20 lebih orang.. nak kan klu dah tau tak boleh naik jangan cuba2 lagi kan dah menyusahkan orang ramai.. gembira jadi kemalangan, jadi nasihat saya, sedar2 lah diri kita itu dan tahap kemampuan kita, klu kita pergi dalam pack yang ramai 5 keatas oklah boleh tolong menolong, tapi klu kita panjat solo duo atau kurang dari 5 pack better fikir2kan tahap keselamatan kita..  




                                   ok sambung balik tengok gambar saya, isteri dan anak. 







so yang ini dah nak sampai puncak West so part ni kena guna tali, sila pegang kuat2 tau, masa naik tu sebaiknya bagi gap banyak sikit jangan rush  sebab part ni danger...


ini pemandangan dari East View
mengambil masa selama sejam 15minute untuk sampai ke puncak itu pace slow, bukan race pace




kami bertiga dan dua orang pendaki dari shah alam 




kat batu besar tu sebelum nak panjat tali terakhir untuk sampai kepuncak tu, cari  kat pokok tu ada tulis arrow  turun kebawa, so ikut jalan tu  turun ikut kebun Durian orang asli memang banyak pokok durian tapi sayang tak ada sebijik pun.. so dari sini all the way down sampai jumpa perkampunkan kecil  orang asli.





keluar kat perumahan harga juta2 


untuk turun pula ambil masa sejam  sahaja
total distance 2.5km je kot.  kena ingat ini family hiking.
total Time kami 2jam 15 minute


ok itu saya yang saya boleh share kan kepada anda semua.. selamat mendaki dengan selamat


Ya ALLAH..


kadang hidup ini susah tapi kita harus sabar menghadapinya dan redha dengan ketentuan ilahi, ia adalah satu nikmat yang sukar untuk dijelaskan.

kita sebagai hambanya harus akur akan kehendaknya.. ya allah berikan aku kekuatan, keimanan, perlindungan dalam kehidupan ini agar aku tidak kufur,takbur riak,ujub,syirik, aku takut akan hukuman mu ya allah, aku takut azab kubur mu ya allah, aku takut azab api  neraka mu ya allah, kerana peringatan dalam ayat-ayat suci AL Quran mu itu pasti benar..

ya allah, ar rahmaan, ya ahad, ya aziz, ya ghaffar, ya hadi, ya haqq, ya jabbar, ya muntaqim,ya nur, ya qawi, ya rahim, ya  raqib, ya salaam, ya wali, ya wasi, ya zul jalal wal ikram, aku menghargai dan bersyukur setiap kehidupan dialam ini dan segala nikmat mu yang kau berikan..